JAMUAN AKHIR TAHUN 2021
Tarikh: 27 Disember 2021
Masa: 1:00 PM
Tempat: Tingkat 21, Pejabat Amanah Saham Pahang Berhad
Majlis jamuan akhir tahun merupakan salah satu aktiviti tradisi kakitangan Pejabat Amanah Saham Pahang Berhad di mana jamuan ini diadakan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan seluruh kakitangan ASPA yang telah berpenat lelah meningkatkan prestasi kerja sepanjang tahun. Selain itu, majlis ini turut meraikan hari kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan disember dan persaraan Penyelia Bahagian Teknologi Maklumat, Puan Nor Rashidah.







