PELAN KELESTARIAN
AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD (ASPA) komited melaksanakan operasi pengurusan ladang yang cekap dan berkesan dalam pengeluaran buah tandan segar (BTS) berkualiti tinggi dengan mematuhi segela keperluan dan prinsipal MSPO MS 2530-3:2013 yang berteraskan kesejahteraan masyarakat, kelestarian alam sekitar dan keuntungan organisasi melalui penambahbaikan yang berterusan. Selaras dengan ini, pada April 2019 ASPA telah melaksanakan polisi-polisi berikut:
- Polisi MSPO
- Polisi Sifar Kebakaran
- Polisi Keselamatatan dan Kesihatan Pekerja
- Polisi Perlindungan Alam Sekitar dan Kepelbagaian Biodiversiti
- Polisi Perlindungan Cerun dan Sungai
- Polisi Sosial
AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD terus komited dalam memastikan pembangunan yang mampan dengan melaksanakan Polisi Minyak Sawit Mampan pada Mei 2020. ASPA akan memberi komitmen yang tinggi dalam pematuhan Polisi Minyak Sawit Mampan:
- Pematuhan Undang-Undang
- Alam Sekitar
- Kemasyarakatan
- Ketelusan dan Kebolehkesanan
- Kualiti
Dalam usaha memastikan kualiti alam sekitar dan kepelbagaian Biologi terjamin, Amanah Saham Pahang Berhad telah melantik Green Orbis Envoiromental Sdn Bhd untuk menyediakan laporan lengkap “High Biodiversity Value” (HBV). Green Orbis Envoironmental Sdn Bhd telah mejalankan kerja-kerja dilapangan mulai 9 November 2020 sehingga 28 November 2020.
|
Perkara |
Tarikh Pelaksanaan |
Catatan |
|
Lantikan Perunding bagi Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) |
April 2019 |
ASPA telah melantik Paisley Consultants Sdn Bhd yang beralamat di Suite 4B, 2nd Floor, Block 2, Jln Tinju 13/50, Worldwide Business Centre, Section 13, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan sebagai perunding bagi memperolehi sijil MSPO. |
|
Merangka Polisi Kelestarian (Sustainability Policy) |
April 2019 |
ASPA telah melancarkan polis-polisi di bawah: 1. Polisi MSPO 2. Polisi Sifar Kebakaran 3. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 4. Polisi Perlindungan Alam Sekitar dan Kepelbagaian Biodiversiti 5. Polisi Perlindungan Cerun dan Sungai 6. Polisi Sosial |
|
Sijil Malaysian Sustainable Palm Oli (MSPO) |
Disember 2019 |
Kumpulan Ladang ASPA telah memperolehi Sijil MSPO. |
|
Membentuk Polisi Minyak Sawit Mampan |
Mei 2020 |
Pihak ASPA telah mengambil inisiatif dengan membuat polisi tambahan ini bagi menjamin kelestarian alam sekitar berada dalam kualiti yang baik. Kami akan amalkan “No Deforestation, No, Peat, No Exploitation (NDPE). |
|
Penyediaan Laporan 'High Biodiversiti Value' |
Nov 2020 |
ASPA telah melantik Green Orbis Enviromental SDN BHD bagi menyediakan satu laporan lengkap HBV |







